RSS

LUPA!?

Sering kali, kita merasa benci,

apabila sahabat yang kita sayangi,

tidak menyantuni kita apatah lagi berpaling dari kita.

.

Sehingga kita lupa,

apakah perasaan Tuhan kita,

yang Maha Mencintai dan Maha Mengasihani,

apabila kita tidak ‘memandang’-Nya dan lebih-lebih lagi melupakan-Nya.

.

Kenapa?

Kita hanya memikirkan diri kita,

tanpa memikir si Dia?

.

Astaghfirullah al-‘azhim

 
Leave a comment

Posted by on 26/05/2011 in Uncategorized

 

EKSPERIMEN BALANG MASA

Masa memainkan perana penting dalam kehidupan manusia. Masa juga bisa menjadi fitnah terbesar sekiranya tidak dikelola dengan sebaiknya. Kadang-kala kita punya waktu yang sangat banyak, namun disebabkan kita tidak tahu bagaimana menguruskan masa itu, maka kita hanyut dengan alirannya yang deras.

“Demi masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.” (Al-‘Asr:1-3)


VIM terpanggil untuk berkongsi satu eksperimen yang menganalogikan tentang pengurusan masa bagi seseorang. Kita akan berlajar satu eksperimen balang masa. 

Baiklah…Sekarang ni mari kita ber‘eksperimen‘.


Objective:

  • Membuat analogi tentang pengurusan waktu


Materials and Equipments:

Sebiji balang kosong
Beberapa ketul batu besar
Sedikit pasir
Sebotol air

Procedures:

  1. Masukkan kesemua batu-batu besar tadi ke dalam balang kosong itu sehingga penuh.
  2. Isikan pula balang tersebut dengan pasir sehingga penuh.
  3. Tuangkan pula air ke dalam balang yang terpenuh dengan batu dan pasir tadi.

Results & Discussion:

Balang yang tadinya kosong, kini telah terisi dengan batu besar, pasir dan juga air. Langsung tiada ruang-ruang kosong lagi di dalamnya yang boleh diisi.

Betul?

Inilah analoginya tentang pengurusan masa kita. Balang besar itu ibarat masa yang kita ada. Batu-batu besar, pasir, dan juga air itu adalah aktiviti-aktiviti yang harus kita atur untuk mengisi masa kita dengan sebaiknya.

Seandainya, kita meletakkan pasir itu dahulu ke dalam balang sehingga penuh, pastinya kita tidak akan dapat untuk memasukkan batu-batu besar itu bukan? Sila cuba kalau tidak percaya.

Begitu juga jika penuhkan balang itu dengan air, sudah pasti kita tidak dapat untuk mengisi pasir dan juga batu-batu besar itu kerana air yang berada di dalam balang itu pasti akan melimpah.

Rasionalnya di sini…“Put the first thing first.”

Yes! Jawapannya untuk pengurusan masa ini adalah PRIORITI/PRIORITAS. Kita masih boleh mengisi masa kita dengan hal-hal yang kecil jika kita sudah utamakan yang besar dahulu.

Prinsip ini mudah untuk difahami tetapi kita sering melanggarnya. Masih lagi kita cuba untuk meletakkan ‘pasir’ itu dahulu bahkan lebih suka menuangkan ‘air’ untuk mengisi ‘balang’ masa kita padahal hakikatnya kita tidak perlu pun untuk mengisi balang masa kita dengan air itu pun.

Conclusion:

Apa yang ingin VIM kongsi di sini adalah tentang pengurusan masa kita. Bagaimana kita menata waktu. Kesimpulannya, kita haruslah meletakkan prioriti terhadap perkara-perkara yang ingin kita lakukan. Sudahkan yang urgent&important dahulu.

Baiklah. Eksperimen tamat. Saya kira pasti anda semua sudah mendapatkan satu poin dari eksperimen yang kita lakukan sama-sama tadi.

Jadi, carilah keberkahan waktu itu dengan perencanaan yang teliti. Kerana kita tahu bahawa Al-wajibat aktsar minal aukat kan? Kewajipan itu lebih banyak daripada waktu yang kita ada.

STOP PROCRASTINATION!
THINK FRESH!
GET ORGANIZED!
SET YOUR PRIORITY!

DO IT NOW!

p/s: Jangan pandai tulis saja sang penulis…=)

 
1 Comment

Posted by on 19/05/2011 in Uncategorized

 

Where will you go …?

Bismillah al-Rahman al-Rahiim…

Meniti usia kita yang meningkat dewasa, kita tertanya, apakah pengakhiran yang akan kita temui pada penghujung kehidupan kita. Terkadang, kita begitu takut untuk ber’gerak’ ke hadapan. Terkadang, kita terlalu obses sehingga terkeluar dari landasan yang lurus. Sehingga ketika begitu takut untuk melangkah, dan akhirnya kita berhenti dari melakukan apa-apa, dan menyebabkan hidup kita semakin ‘menderita’, sudah hilang kenikmatannya.

Masa hadapan yang penuh dengan misteri dan keajaiban, menyebabkan kita ketakutan untuk menghayungkan kaki ke hadapan. Kita khuatir jika apa yang kita lakukan, akan memudaratkan diri kita dan sekali gus menarik kita ke lembah kebinasaan. Oleh itu, kita lebih suka untuk bersikap wait and see, dan membiarkan kawan kita men’cuba’ dahulu apa jua perkara mengenai kehidupan. Kita membiarkan teman kita merasai dulu, akibat dari sesuatu perbuatan. Jika ia baik dan berhasil positif, barulah kita akan menghulurkan tangan untuk melakukannya. Jika itu memudaratkan dan membawa keburukan, maka kita akan cuba menjauh dari perbuatan atau tingkah laku itu. Akhirnya, kita tak pernah merasai nikmatnya  yang asli!

Itu satu hal. Hal kedua, boleh jadi kita begitu yakin untuk melangkah, sehingga menyangka kita mampu berbuat apa sahaja. Dalam keyakinan yang melampau ini, kita anggap bahawa kita berkebolehan melakukan apa sahaja yang kita ingini, tanpa meminta bantuan orang sekeliling. Dan lebih malang lagi, apabila kita terlupa untuk duduk sebentar dan mengangkat tangan untuk memohon petunjuk dan hidayah dari Sang Maha Menunjuk Kebenaran dan Sang Maha Pemberi Kekuatan! Sungguh, ini adalah satu malapetaka yang besar.

Allah S.W.T berfirman dengan penuh hikmah dalam Kalam-NYA yang penuh dengan kesucian: “Tidaklah Allah akan mengubah sesuatu kaum itu, sehingga mereka sendiri mengubah apa yang ada pada diri mereka” [Ar-Ra’d, 13: 11].

Melihat dan merenung Ayat ini, kita akan tahu dan sedar akan kepentingan melakukan perubahan, yakni dengan bergerak kehadapan. Tapi, dua masalah di atas akan menyebabkan banyak manusia berguguran dalam melakukan perubahan itu. Habis, apakah solusi untuk berjaya dalam ber’gerak’ ke hadapan?

Dalam satu hadis yang masyhur, Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda: “Sesungguhnya amalan itu bergantung pada niatnya.Dan sesungguhnya bagi setiap manusia itu (balasan) apa yang diniatkannya …”

Nah, itu dia! Orang yang ingin membuat satu pergerakan atau langkahan, haruslah bermula dengan niatnya. Adakah niatnya untuk mendapatkan kedudukan di dunia, dengan mendapat sanjungan ramai, atau kemewahan yang melimpah, atau boleh jadi kerana mendapatkan bisikan pujian melambung dari manusia ramai? Atau niatnya hanya untuk kembali kepada Allah, Tuhan yang telah menciptakannya, dari sehina-hina air mani sehingga menjadi manusia yang penuh dengan segala kesempurnaan. Dan setiap apa yang diniatkan oleh seseorang itu, akan mendapat balasannya (yakni sesiapa berkeinginan dunia yang sekejap ini, akan diberikan, insyaAllah. Dan sesiapa inginkan Akhirat yang selamanya di hujung sana, akan diberikan, insyaAllah).

Sambungan hadis ini: “… Maka barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul-Nya, maka hjirahnya adalah kerana Allah dan Rasul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia perolehi atau perempuan yang ingin ia kahwini, maka baginya apa yang ia hajati.” [Muttafaqqun ‘alaih]

Dari hadis ini, dapatlah kita mengetahui bahawa dalam dunia ini, terdapat pelbagai ragam manusia, yang mempunyai jutaan niat yang tersendiri. Bak kata pepatah Melayu, rambut sama-sama hitam, tapi hati lain-lain. Persoalannya, apakah niat kita? Kepada apakah kita ber’gerak’?

Pelbagai persoalan yang timbul ini, menyebabkan kita terjerumus ke dalam permasalahan yang pertama, yakni tidak mahu melangkah kerana kekhuatiran tersalah memilih jalan. Kita merasa takut untuk berubah, kerana kita tidak tahu adakah kita melakukan itu kerana Allah atau kerana mendapatkan kepentingan duniawi? Kita risau jika kita melakukan sesuatu kebaikan baru, kita melakukannya kerana mengingini pandangan dan perhatian manusia. Dan kita khuatir, jika niat baik kita yang hanya kerana Allah, tidak dapat bertahan lama. Mungkin hari ini kita berbuat kerana Allah dan Rasul-Nya, tetapi esok atau lusa, siapa tahu? Dan ketakutan ini berakhir dengan langkahan kosong, bahkan semakin melemah.

Dalam kepelbagaian niat ini, ada juga dalam kalangan kita yang buat tidak kisah sahaja. Bila mempunyai satu hajat atau impian dan cita-cita yang ingin digapai, tanpa berfikir panjang kita terus bergerak ke arah itu. Kita tidak sempat untuk mengambil sedikit masa, untuk meluruskan niat, dan memohon pada Allah agar ditetapkan hati pada landasan yang lurus itu. Akhirnya, kita akan terus meluru laju ke hadapan, tanpa menoleh kiri dan kanan, apatah lagi ke belakang. Sedangkan Taqwa itu, bak dalam kisah pertanyaan Saidina Umar adalah umpama anda melalui di satu kawasan yang penuh duri. Nescaya anda akan berhati-hati sambil mengangkat jubah takut-takut terkoyak terkena duri tersebut. Nah, itulah dia!

Habis, jika itu tak boleh, ini tak boleh, apa yang boleh dilakukan?

Jawab saya: Jadilah orang pertengahan. Orang yang tidak takut dengan masa depan, dan orang yang tidak terlalu obses dengan diri sendiri. Berimanlah dengan Qada’ dan Qadar. Dan bertawakkallah kepada Allah. Ya Allah, janganlah Kamu menjadikan kami orang yang bertawakkal kepada diri sendiri walaupun satu kelipan mata atau dalam tempoh yang lebih singkat dari itu.

InsyaAllah, kita akan meneruskan perbincangan ini pada post yang akan datang.

Assalamu’alaikum.

Ahmad Hamidi bin Husain.

 
2 Comments

Posted by on 16/05/2011 in Uncategorized

 

أهلا وسهلا ومرحبا بكم

 
4 Comments

Posted by on 10/05/2011 in Uncategorized

 

Muqaddimah

Ahlan Wa Sahlan
Assalamu’alaikum for visitors.
Posted ukhuwwah fillah for visitors of this blog. We pray that we are always in His good pleasure. In the state of the art world due to the process of modernization and technology. Islam should be a great power in determining the modern world is for it to be ‘wasilah’ to humans to identify and approach the power and greatness of the creator of this universe is Allah the Exalted and Glorious. Hopefully, the existence of such a space, Islamiyyah mission will continue to grow rapidly in line with the slogan ‘Dakwah Islamiyah Didahulukan Tarbiyyah Diutamakan’ ‘. Allah willing, with this we are able to bring new light to the minutes of Islam in creating harmony and unity among Muslims. selamat berjuang!!!

 
Leave a comment

Posted by on 21/12/2010 in Bicara Siswa